Mata Ayer Perlis.....nama yang sangat sinonim dengan gerai atau restoran pokok sawa( dalam loghat perlis pokok ciku disebut pokok sawa)....
Pekan
Mata Ayer(مات ايير) atau lebih dikelani sebagai “ Mata
Ayaq” oleh penduduk sekitar kawasan ini dan seluruh negeri Perlis.
Bagaimana Mata Ayer mendapat nama? Mata Ayer mendapat nama daripada banyaknnya
penemuan mata air-mata air semula jadi di sekitar kawasan ini. Menurut beberapa
orang penduduk disini, kawasan-kawasan rendah di sekitar ini bila dikorek akan
mengeluarkan mata air semlua jadi yang banyak[1].
Kawasan Mata Ayer ini terletak di bahagian tengah negeri Perlis iaitu berada di
hujung Kawasan Parlimen Padang Besar berdekatan dengan kawasan Parlimen Arau iaitu
Alor Ara timur dan Jejawi. Mata Ayer juga merupakan kawasan yang agak pesat
membangun dan jarak dari Mata Ayer ke Bandar Kangar kira-kira 8 hingga 10
kilometer sahaja. Manakala jarak antara Maya Ayer untuk ke Bandar Padang Besar
kiri-kira 25 hingga 27 kilometer sahaja . Namun jika mengikut ukuran atau
peringan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer merangkumi dari jalan Jejawi Utan
Buluh(traffic Light Jawi Utan Buluh Atau Oran) hingga ke Lampu Isyarat simpang
Tiga Dato Kayaman( Kawasan Barat Mata Ayer), Jalan Bukit Ngulang-Santan( Masjid
Ngulang hingga ke Dewan Santan(Timur Mata Ayer). Manakala Kawsan tengah pula
merangkumi Jalan Mata Ayer iaitu dari rumah Cikgu Salleh (sebelum Masjid As-Syakirin
Oran hinggalah sampai ke Kilang Simen di Chuping. Akhir sekali ialah kawasan Timur bermula dari Jalan
Padang Nyu-Guar Nangka iaitu dari Jalan Padang Nyu hingga Kampung Baru Guar
Nagka ( Koreksional).[2]
Keistimewaan
pekan Mata Ayer ini ialah mepunyai banyak kedai-kedai runcit lama dan pelbagai
kampung yang sangat unik namanya. Kawasan Mata Ayer juga mempunyai banyak
Masjid dan pusat pengajian antaranya Masjid As-Syakirin Oran, Masjid Al
Munawwarah Mata Ayer, Masjid Al-Islah Ngulang , Masjid Assobirin Gial dan Masjid Ibnu Sina Kampung Perawah Dato’ Kayaman.
Manakala sekolah pula terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Oran, Sekolah
Kebangsaan Chuping , Sekolah Kebangsaan Dato Kayaman , Sekolah Kebangsaan Guar
nagka ,Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer(Sekolah Baharu) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Guar Nangka (Sekolah Baharu). Poskod untuk Kawasan Mata
Ayer ini adalah bernombor 02500.
Dalam buku ini akan memaparkan pelbagai
mukim, kampung, tokoh(Dato’ Habib), kawasan pekan Get Mata Ayer ( dalam kenangan)
, Perkembangan Masjid dan sekolah malah melihat perkembangan sosio ekonomi yang
berlaku dalam kawasan Mata Ayer dari awal 2000 hingga 2010.
[1]
Temu Bual secara dalam
talian bersama Encik Amiruddin Bin Abu Bakar , Setiausaha Masjid
As-Syakirin,Oran, Jam 6.38 pagi 19 Jun 2016.
[2]
Temu Bual Secara Dalam
Talian Bersama Yang Berhormat Cikgu Kahiri Bin Hassan , Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Mata Ayer, Jam 12.17 Tengah Hari 19 Jun 2016
bila ya mata ayer ditubuhkan??
ReplyDeleteLucky Club Casino Site - Play for real with Lucky Club
ReplyDeleteThe Lucky Club Casino site is one of the luckyclub.live top sites online for gambling online in Malaysia and offers games from popular providers. The site is
Mohon share
ReplyDelete