Mata Ayer Perlis.....nama yang sangat sinonim dengan gerai atau restoran pokok sawa( dalam loghat perlis pokok ciku disebut pokok sawa).... Pekan Mata Ayer( مات ايير ) atau lebih dikelani sebagai “ Mata Ayaq ” oleh penduduk sekitar kawasan ini dan seluruh negeri Perlis. Bagaimana Mata Ayer mendapat nama? Mata Ayer mendapat nama daripada banyaknnya penemuan mata air-mata air semula jadi di sekitar kawasan ini. Menurut beberapa orang penduduk disini, kawasan-kawasan rendah di sekitar ini bila dikorek akan mengeluarkan mata air semlua jadi yang banyak [1] . Kawasan Mata Ayer ini terletak di bahagian tengah negeri Perlis iaitu berada di hujung Kawasan Parlimen Padang Besar berdekatan dengan kawasan Parlimen Arau iaitu Alor Ara timur dan Jejawi. Mata Ayer juga merupakan kawasan yang agak pesat membangun dan jarak dari Mata Ayer ke Bandar Kangar kira-kira 8 hingga 10 kilometer sahaja. Manakala jarak antara Maya Ayer untuk ke Bandar Padang Besar kiri-kira 25 hingga 27 kilometer sahaja . Na...